Scratch Class 2.0

18 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2019, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah menjalankan Kelas Scratch 2.0 bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Kelas ini adalah kesinambungan daripada Kelas Scratch Introduction sebelum ini . Kelas ini mendedahkan pelajar untuk menghasilkan animasi yang menarik menggunakan aplikasi Scratch. Pada sesi kali ini, pelajar dilatih untuk menghasilkan pergerakan dan perbualan bagi karakter animasi yang dipilih. Applikasi ini membolehkan para pelajar menghasilkan jalan cerita yang menarik untuk karakter yang dipilih. Ia dapat meransang minda dan kreativiti para pelajar.

Kelas ini akan diteruskan lagi bagi memastikan pelajar betul-betul mahir dan mampu menggunakan applikasi Scratch tanpa bantuan staff PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali